Obses+tidur=?
eheh.sejauh mana ‘keobses’an anda terhadap aktiviti tidur? Sedikit? sederhana? Banyak? melampau2 banyaknya?..hehehe.Idea untuk membuat tajuk ini adalah setelah cik saya telah merungut kerana saya telah berjaya menidurkan diri sepanjang hari.Jadi, apabila tidur, aktiviti bersms,bercakap dan sebagaimana akan terhenti seketika.Ye la,kalau x,sape nk tukang membalas nanti ye? Ade sape2 yang mempunyai kelebihan membalas sms ketika sedang enak tidur? Ada? hehehe..
Ok,setelah ditelitikan la,hidup saya selama 21 tahun ni..status keobsesan saya ni mungkin berada pada tahap melampau2 banyaknya.haaa.parah ye begitu? Saya kurang pasti mengapa, agaknya semulajadi kot.haha.sudah tersurat.:p.marah cik usyuk saya karang.Keobsesan ini akan terjadi dgn melampau2 banyaknya kalau tiada kerja yg ingin yang dilakukan.Saya juga mempunyai satu tabiat yang sangat buruk iaitu apabila mempunyai masalah dan tidak mampu berbuat sesuatu dgn baik,tidur akan menjadi jalan penyelesaian.Ye,mmg lepas bangun masalahnyer ada jugak,tapi the pleasure of sleeping at that time is tidak terkata.haha.begitulah.
Pernah sekali my friend said.’Kalau nak cari dia tapi xjumpa, cuba tengok atas katil, mesti jumpa’.heh!.tapi memang betul pun.saya rela berlapar x cari makan dari terlepas waktu tidur.ngee.Setakat ini, x ada sape lagi yang saya kenal tidur melampau2 seperti saya.Kalau ada best gak,bley lawan tidur sape paling lama sambil bertukar2 pandangan tentang kegiatan ini.Er,saya dah nampak muncung cik usyuk memanjang! maap! hehe.Tapi ada sorang member saya mempunyai minat yang sama dengan saya masa kat asrama dulu.Mungkin 2 orang.Kami memang digelar raja tidur.Waktu orang semua kalut2 mandi siap nak pegi skolah,kami masih lagi enak tidur di atas katil.Kebetulan plak katil kitaorg macam dekat2.Ape lagi,waktu pagi memang menjadi perlumbaan tidur sape bangun paling lambat.Kalau bangun2 tengok member ini xbgn lagi, saya akan tidur balik,begitulah sebaliknya.haha.mmg teruk kegiatan kami.Sampai loceng rocall bunyi baru kelam kabut.Sebelum pi skolah,asrama saya ada rocall dimana anda dikehendaki beratur dan nama akan dipanggil bagi memeriksa kedatangan.Sebab takot budak2 ni ponteng skolah.Masa rocall xyah wisau sebab ada je yang mencover kitaorg.Member2 lain smua kata loceng rocall loceng jam kitaorg sebab masa ni baru la nak pi mandi.hehe.sonang skit.toilet pun dah kosong.bley pilih mana2 yang berkenan di hati.hahaha.Waktu2 prep memang la waktu2 tidur yang berkualiti.memang slalu skip la prep2 bagi mengisi waktu2 tidur ini.Smua dah sedia maklum keobsesan tidur kami.Kalau waktu nak practice hoki pun susah sgt nak bgn sebab pukul 5 tue mcm waktu yang seronok utk tidur, pernah sekali tuh pengerusi hoki merangkap senior yg menjengkelkan yang bangunkan kitaorg sendirik.Kejot trus dari katil.Terkejot beruk kitaorg.dia kata susah sgt kalau nak bangun.terngiang2 lagi jeritan dia.’Turonnnnnnnnnnnnnnnn practice!!’.Dengan mamai2 tue pun pegi la turun padang.
Saya juga mempunyai masalah semasa bangun.Lambat sgt.Ini telah diakui oleh ramai orang dan cik usyuk saya sendirik.Kalau kat rumah tu, kalau nak kuar,diaorg mesti mandi siap2 dah smua baru bangunkan saya.Sebab waktu tue baru jadik kalut sebab smua dah siap dh.Tue je la taktik diaorg nak bangunkan saya,kalau x mesti saya susah nak bangun.pathethic isnt it ? =).De juga mahu membuang tabiat tidak sehat ini.Tapi mungkin blum tiba masanya lagik..hehehe.Kita tunggu dan lihat saja.Sekian saja liputan saya pada hari ini.Terima kasih
-Melaporkan dari BERMUDA